December 7, 2020

Kosmologi Bumi Datar Ikan Bahamut | 101 Portal Education News

101KFE Assistant | Portal Education News

Kosmologi Bumi Datar Ikan Bahamut, Bahamut dalam mitologi Arab ialah sebuah ikan raksasa bertanduk seperti seladang. Bahamut membawa seekor lembu di atas kepalanya dan di atas kepala lembu tersebut terdapat gunung batu delima dan di atas gunung batu delima tersebut terdapat malaikat dan di atas malaikat pula terdapat enam neraka di atas neraka terdapat bumi dan di atas bumi terdapat tujuh langit (syurga) dan apa yang di atas langit tidak diketahui.

Peta dunia menurut Zakariya al-Qazwini. Bumi dianggap datar dan dikelilingi oleh pegunungan-termasuk Gunung Qaf – yang menahannya di tempatnya seperti pasak; Bumi disokong oleh seekor lembu yang berdiri di atas Bahamut yang tinggal di lautan kosmik; lautan itu ada di dalam mangkuk yang berada di atas malaikat atau jin.

Menurut Zakariya al-Qazwini, bahamut (bahasa Arab: بهموت‎ Bahamūt, dari Hebrew בְּהֵמוֹת Behemoth) adalah seekor ikan raksasa yang menopang fondasi yang menahan Bumi di tempatnya. Menurut konsep ini, Bumi ditopang oleh seekor lembu yang berdiri di atas bahamut. Bahamut sendiri berada di dalam mangkuk lautan yang ditopang oleh seorang malaikat atau jin.

Menurut Borges, Bahamut ialah ikan raksasa yang dilihat Nabi Isa a.s. pada malam 496 daripada 1001 Malam. Dalam ceritanya, Bahamut ialah ikan raksasa di lautan luas. Dia membawa seekor lembu jantan di atas kepalanya, seladang yang menyandang batu, dan di atas batu ialah malaikat yang membawa tujuh lapisan bumi. Di bawah Bahamut ialah jurang udara, kemudian api, dan di bawah terdapat ular raksasa yang disebut Falak.

Setelah melihat Bahamut, Nabi Isa AS tidak sedarkan diri. Ketika Nabi Isa a.s jatuh pengsan, dan ketika ia sedarkan diri, Allah berbicara dengannya melalui inspirasi, dan mengatakan, “Wahai Isa, engkau melihat ikan dan difahami panjangnya dan lebarnya?” Dia menjawab, “Dengan kehormatan dan kemuliaan-Mu, ya Allah, aku tidak melihat ikan, tetapi di sana ada seekor seladang besar melewati saya, yang panjangnya tiga hari perjalanan, dan aku tidak tahu makhluk semacam apa seladang ini.” Allah berkata, “Wahai Isa, tahukah engkau yang tiga hari melewatimu, hanyalah kepala ikan, dan tahukah bahawa setiap hari aku membuat empat puluh ikan seperti yang ini.”

Garis Edar Bumi Datar QS. Yasin : 40

Sumber :

    • al-Hamawi, Yaqut (1987) [1959]. Jwaideh, Wadie, ed. The Introductory Chapters of Yāqūt’s Muʻjam Al-Buldān. Brill Archive. hlm. 34–35.
    • al-Qazwini, Zakariya (1849). Wüstenfeld, Ferdinand, ed. ‘Aja’ib al-makhluqat [Kosmographie: Die Wunder der Schöpfung]. 1. Göttingen: Dieterich. (Arab).
    • ʿAjā’ib al-makhlūqāt wa gharā’ib al-mawjūdāt (عجائب المخلوقات و غرائب الموجودات), plain text redaction (Arab).
    • al-Qazwini, Zakariya (1868). Die Wunder der Schöpfung: Nach der Wüstenfeldschen Textausgabe, mit Benutzung und Beifügung der Reichhaltigen Anmerkungen und erbesserungen des Herrn Prof. Dr. Fleischer1. Ethé, Hermann (trans.). Leipzig: Fues’s Verlag. (Jerman).
    • Thaʻlabī, Aḥmad ibn Muḥammad (2002). Brinner, William M. (trans.), ed. ʻArāʻis al-majālis fī qiṣaṣ al-anbiyā, or: Lives of the prophets. Brill.
    • Ibn al-Wardi, ‘Abu Hafs Zain-al-din ‘Umar ibn al-Muzaffar (1835), Tornberg, Carolus Johannes, ed., Fragmentum libri Margarita mirabilium (codice Upsaliensi), Reg. Acad. Typ., hlm. 35–37 (Arab); translation (Latin).
    • Jwaideh, Wadie, ed. (1987) [1959], The Introductory Chapters of Yāqūt’s Muʻjam Al-Buldān, Brill Archive, hlm. 34–35.
    • Chalyan-Daffner, Kristine (2013). Natural Disasters in Mamlūk Egypt (1250–1517): Perceptions, Interpretations and Human Responses (Ph. D.). Heidelberg University. pp. 213–252.
    • Streck, Maximilian (1936), “al-Ḳazwīnī”, The Encyclopaedia of Islām, E. J. Brill ltd., IV, hlm. 841–844.

Informasi yang terkandung dalam pos ini hanya untuk keperluan informasi umum. Informasi ini disediakan oleh Kosmologi Bumi Datar Ikan Bahamut dan sementara kami berusaha untuk menjaga agar informasi tetap terbaru dan benar, kami tidak membuat pernyataan atau jaminan dalam bentuk apa pun, tersurat maupun tersirat, tentang kelengkapan, keakuratan, keandalan, kesesuaian, atau ketersediaan dengan menghormati situs web atau informasi, produk, layanan, atau gambar terkait yang terdapat pada pos untuk tujuan apa pun. 101 Portal Education News

  • TOPIK
  • bahamut
  • bumi datar
  • jahiliyah
  • kosmologi
  • nabi isa